NAMA
|
KAD
PELAJAR
|
NUR AMIRAH
NAZILI BINTI MOHD ZAKI
|
02DTM15F1011
|
NIK NUR
ATIQAH BINTI NIK IBRAHIM
|
02DTM15F1023
|
NOR AISHAH
BINTI HAMZAH
|
O2DTM15F1027
|
NUR ADILA
BINTI DAUD
|
O2DTM15F1019
|
AMELIZAH
DORAHIM
|
02DTM15F1048
|
PENGENALAN
Sains,teknologi dan kejuruteraan merupakan
sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan oleh Allah
SWT melalui al-quran. Al-Quran ialah sumber intelektualdan spiritual islam yang
agung. Kalam Allah SWT ini adalah asas bukan hanya bagi agama dan pengetahuan
spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu pengetahuan. Al-Quran juga merupakan
satu sumber utama dan inspirasi pandangan Muslim tentang kesepaduan Sains dan
pengetahuan intelektual (Ab. Aziz, 2008).
PENGENALAN
PENGERTIAN HADIS
·
Hadis
adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketepatan dan persetujuan dari
Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hokum dalam agama islam.
Hadis dijadikan sumber hukum dalam agama islam selain Al-Quran, Ijmak dan Qias,
dimana dalam hal ini, kedudukan hadis merupakan sumber hokum kedua setelah
Al-Quran.
·
Ada
banyak ulama periwayat hadis, namun yang sering dijadikan referensi
hadis-hadisnya ada 7 ulama, yakni Imam Bukhri, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam
Turmudzi, Imam Ahmad, Imam Nasa’i, dan Imam Ibnu Majah.
KEDUDUKAN HADIS DALAM
AGAMA ISLAM
A.
Kedudukan Hadis Dalam Hukum Islam.
Seluruh umat
islam, telah sepakat bahawa hadis merupakan salah satu sumber ajaran islam. Ia mempati
kedudukan kedua setelah Al-Quran. Keharusan mengikuti hadis bagi umat islam
baik yang berupa perintah mahupun larangannya, sama halnya dengan kewajiban
mengikut Al-Quran.
Hal ini kerana,
Hadis merupakan mubayyin bagi Al-Quran, yang kerananya siapapun yang tidak bias
memahami Al-Quran tanpa dengan memahami dan menguasai hadis. Begitupun halnya
menggunakan hadis tanpa Al-Quran. Kerana Al-Quran merupakan dasar hukum
pertama, yang didalamnya berisi garisan besar syariat. Dengan demikian, antara
Hadis dengan Al-Quran memiliki kaitan erat, untuk mengimami dan mengamalkannya
tidak boleh terpisah atau berjalan dengan sendiri.
Al-Quran
itu menjadi sumber hokum yang pertama dan Al-Hadis menjadi asas perundangan
(setelah Al-Quran sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi bahawa
Hadis adalah ‘sumber hukum syara’ setelah Al-Quran’.
Al-Quran
dan Hadis merupakan sumber utama ajaran islam dan merupakan rujukan umat islam
dalam memahami syariat. Pada tahun 1958 salah seorang sarjana brat yang telah
mengadakan penelitian dan penyelidikan secara ilmiah tentang Al-Quran
menyatakan bahawa:’sumber-sumber ajaran Al-Quran begitu dinamis sehingga tidak
ada didunia suatu kitab suci yang melebihi 12 abad lamanya, tetapi murni dalam
teksnya’.
B. Fungsi Hadis Terhadap Al-Quran.
Sebagaimana
yang telah dijelaskan bahawa Al-Quran merupakan dasar syariat yang sangat
global sekali, sehingga dapat melihat menggunakan dasar Al-Quran sahaja tanpa
adanya penjelasan lebih lanjut maka akan banyak sekali masalah yang tidak akan
selesai ataupun menimbulkan kebimbangan yang tidak kesudahan. Misalnya pada
kenyataan priktikal solat dalam Al-Quran hanya tertulis perintah yang
mendirikan solat, tanpa ada penjelasan beberapa kali solat dilaksanakan dalam
sehari semalam, lebih-lebih lagi syarat rukun solat, dan sebagainya. Orang yang
hanya berpegang pada Al-Quran sahaja tidak mungkin boleh mengerjakan solat,
bagaimana Pratik solat, apa saha yang dilakukan dalam solat atau dijauhi ketika
melakukan solat.
Maka, disinilah
urgensitas hadis yang mempunyai peranan penting sebagai pentafsir dan penjelas
dari ke globalan isi Al-Quran, sehingga manusia dapat mempelajari dan memahami
islam secara utuh. Lebih spesifik lagi, setidaknya ada 2 fungsi yang menjadi peranan
terhadap Al-Quran iaitu:
1. Berfungsi
menetapkan dan memperkuatkan hukum-hukum yang telah di tetapkan oleh Al-Quran.
Maka dalam hal ini keduanya bersama-sama menjadi sumber hukum. Misalnya Allah
didalam Al-Quran mengharamkan bersaksi palsu dalam firman-Nya Q.S Al Hajj ayat
30 yang ertinya ‘Dan Jauhilah Perkataan Dusta’. Kemudian Nabi dengan hadisnya
menguatkan: ‘Perhatikan! Aku Akan Memberitahukan Kepada Kamu Sekalian
Sebesar-besarnya Dosa Besar!’ sahut kami: ‘Baiklah, Wahai Rasulullah. ‘ Beliau meneruskan,
sabdanya : ‘ (1) Musyrik Kepada Allah, (2) Menyakiti kedua Orang Tua. ‘Saat itu
Rasulullah sedang bersandar, tiba-tiba duduk seraya bersabda lagi: ‘Awas!
Berkata (Bersaksi) palsu dan seterusnya (Riwayat Bukhari-Muslim).
2. Memberikan
perincian dan penafsiran ayat-ayat Al-Quran yang masih Mujmal, memberikan
Taqyid (pensyaratan) ayat-ayat Al-Quran yang masih umum. Misalnya, perintah
mengerjakan solat, membayar zakat dan menunaikan ibadah haji didalam Al-Quran
tidak di jelaskan jumlah rakaat dan bagaimana cara-cara melaksanakan solat,
tidak diperincikan nisab-nisab zakat dan jika tidak dipaparkan cara-cara
melakukan ibadah haji. Tetapi semuanya telah ditafsir (diterangkan secar
teperinci dan ditafsirkan sejelas-jelasnya oleh Al Hadis). Nash-nash Al-Quran
menharamkan bangkai dan darah secara mutlak, dalam surah Al-Maidah ayat 3
‘Diharamkan Bagi Mu (Memakan) bangkai, darah, daging khinzir. Dan seterusnya:
‘kemudian As-Sunnah mentaqyidkan kemutlakannya dan mentafsirkan keharamannya,
beserta menjelaskan macam-macam bangkai dan darah, dengan bersabdanya:
‘Dihalalkan Bagi Kita Dua Jenis Bangkai Dan Dua Jenis Darah. Adapun Dua Jenis
Bangkai iaitu Bangkai Ikan Air dan Bangkai Belalang, dan Dua Jenis Darah Ialah
Hati dan Limpa’. Menetapkan hukum atau peraturan yang tidak didapati di dalam
Al-Quran. Didalam hal ini,hukum atau peraturan itu hanyalah berasaskan Al Hadis
semata-mata. Misalnya larangan berpoligami bagi seorng wanita dengan bibirnya,
seperti disabdakan: ‘Tidak Boleh Seseorang Mengumpulkan (memadu) Seorang Wanita
Dengan Ammah (Saudara Bapanya) Dan Seorang Wanita
Khalal ( Saudara Ibunya)’.
(H.R.Bukhari-Muslim).
Al-Quran dan
Hadis merupakan dua sumber syariat Islam secara mendalam dan lengkap tanpa
kembali kepada kedua sumber tersebut iaitu Al-Quran dan Hadis.
C. Fungsi Hadis Dalam
Menetapkan Masalah Yang Belum Dijelaskan Oleh Al-Quran.
Kedudukan hadis
dalam menetapkan hukum baru yang tidakditetapkan oleh Al-Quran menunjukan
bahawa Hadis merupakan sumber hukum Islam.
Kerana dalam
Al-Quran terdapat ayat-ayat yang memerintahkan kepada orang-orangberiman untuk
taat secara mutlak kepada apayang diperintahkan dan dilarangkanRasulullah
SAW,serta mengancam orang yang menyelisinya. Hukum merupakan produk
hadis/sunnah yang tidak ditunjukan oleh Al-Quran. Seperti larangan Rasulullah
tentang haram memakai sutra dan emas bagi laki-laki, larangan memadu perempuan
dengan bibirnya dari pihak ibunya,haram memakan burung yang berkuku tajam,haram
memakai cicin emas dan sebagainya, oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dijelaskan
‘jadilah hadis sebagai rujukan hukum yang tiada pernah habis-habisnya pada
pembahasan fiqih’. Kedudukan Hadis sebagai sumber hukum Islam sesudah Al-Quran
adalah sebab kedudukannya sebagai penguat dan penjelas, namun Hadis juga dalam
menetapkan hukum berdiri sendiri, selah merupakan sumber hukum sebab
kadang-kadang membawa hukum yang tidak disebutkan Al-Quran,seperti memberikan
warisan kepada nenek perempuan (jaddah), dimana Nabi SAW, memberikan seperenam
dari harta tinggalan orang yang meninggal (cucunya) dengan demikian fungsi
Hadis adalah merupakan sumber hukum dalam kehidupan manusia untuk memperoleh
kebahagiaan dunia akhirat.
KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM
Dalam kurikulum
Pendidikan Isla, Sains dan Teknologi sama pentingnya (fardhu kifayah) dilihat
dari isi kandungan kewajaran dan kewajipan umat terhadanya, dibandingkan dengan
ilmu-ilmu Al-Diniyyah yang disifatkan sebagai asasi (fardhu Ain-tiada tukaran
ganti kepada individu itu jika tidak melaksanakannya menjadi tanggungjawab
peribadi) seperti ‘ulum al-aqaa’id-ilmu Aqidah Islamiah, ‘ulum
asy-syaraa’ik-ilmu akhlak Islamiahberserta dengan ‘ulum masaadir wa ummahaat
al-kutub al-Islamiyyah-ilmu-ilmu mengenai sumber-sumber rujukan dasar Islam
iaitu Al-Quran dab Al-Ahadith an-Nabawiyyah erta tafsiran-tafsiran dasar
daripada agama Islam melalui peninggalan ulamak Islam terdahulu dan diiktiraf
keseluruh dunia Islam hasil ulasan dan pandangan serta ijtihad mereka-
muktabaratin asy-Syuyuukh didalam bidang-bidang tersendiri (kelebihan di bidang
masing-masing).
Maka oleh
kerana sains dan teknologi ini merupakan ilmu Allah SWT, yang bersifat rasional
dan saintifik, emperikal dan realistic, berkaitan dengan kecerdasan akal insan
dan melibatkan pengkajian dan penyelidikan umat manusia, maka Al-Quran dan
Al-Sunnah tidak memberikan fokus terperinci terhadapnya. Walau bagaimana pun
ajaran Islam menurunkan beberapa prinsip dasar ilmu-ilmu tersebut di sana sini
sama ada di dalam Al-Quran mahupun Al-Sunnah al-Nabawiyyah. Perlu diingat
disini, bahawa Islam tidak bersifat Autokratik dalam menentukan kebenaran sains
dan teknologi umat. Malah Islam meletakkan beberapa dasar-dasar hukum khusus
dan umum-general and specific principles oaf jurisprudence (Qawaa’id al-‘aam wa
al-khaas) untuk memperolehinya dan melaksanakannya agar tidak bercanggah dengan
kepentingan pembangunan dan kemakmuran muka bumi seperti yang dikehendaki oleh
Allah swt, pencipta agung alam raya ini. Contohnya didalam membangunkan
teknologi nuclear, Islam tidak melarang manusia menyelidiki dan menguasai punca
dan sumber tenaga dari pengkayaan Uranium untuk kegunaan dan faedah-faedah
teknologi untuk memiliki tenaga elektrik, teknologi perubatan, bio-teknologi
serta kegunaannya di bidang pertanian dan sebagainya. Prinsip dasar Islam ialah
agar teknologi ini digunakan secara betul, berilmu serta dengan pengawasan
teknologi tinggi agar tidak berlaku kebocoran, kehancuran dan kebinasaan
jumlah terhadap manusia dan alam swkitar (lihat surah ar-Ruum, 30),
dimana Allah SWT menggunakan istillah “Dzahara al-fasad fi al-barri
wa al-barri bima kasabat aydi an-Nass”- muncul kebinasaan jumlah di muka bumi
dan di lautan disebabkan kerja tangan manusia, agar mereka merasai keperitannya
supaya mereka kembali kepada Allah SWT- iaitu prinsip ilmu pengetahuan dengan
meninggalkan ketamakan syahwat dan keutamaan kebendaan (materialistik)
semata-mata. Cara mengekalkan kerosakkan itu uga berkait rapat dengan sains dan
teknologi perlindungan dan kawalan sains, teknologi dan industri di kalangan
umat Muslimin.
Umat Islam
diwajibkan oleh Allah SWT untuk membangunkan aspek-aspek yang semulajadi mereka
dan menggunakan potensi-potensi keperluan yang sesuai dengan mereka. Unsur
pembangunan material dan kerohanian adalah selaras dengan unsur kejadian
manusia dual-nature iaitu jasad dan roh. Maka sasaran keilmuan mereka, Allah
SWT telah anugerahkan dua fakulti yang maha hebat iaitu-rational cognative
faculty , iaitu fakulti akal rasional (human intellect) dan fakulti akal
intuisi jiwa insan (the psychological of human soul). Maka akal rational sangat
peka kepada bahan-bahan kajian emperikal dan intuisi kejiwaan insan sangat peka
kepada hati sanubari atau nurani yang menerima ilham dan kefahaman dari Allah
SWT (nuuriLlah). Gabungan kedua-keduanya memberi sesuatu bentuk ilmu sepadu-
integrated knowledge and sciences yang akan memberi kekuatan kepada manusia
Muslim di dunia untuk memimpin umat manusia di dunia mahupun untuk keselamatan
di akhirat.
TUNTUTAN MENGKAJI SAINS DAN TEKNOLOGI
Perbezaan
ketara antara Islam dan agama-agama lain, ialah menganjurkan kajian dan
penyelidikan secara terbuka terhadap bidang kuasa yang termampu oleh akal
fikiran mengkajinya agar memperolehi sesuatu hakikat atau makna yang tepat
terhadap sesuatu objek perkara atau fenomena kejadian di alam semesta ini.
Tradisi
Al-Quran dari Allah SWT membuka minda manusia untuk berfikir dan mengkaji
kejadian di langit dan di bumi agar bertambah peranan akal rasional dalam
meneliti hakikat kejadian Ilahi di hadapan mata mereka, kemudian Allah SWT
mendorongkan jiwa halus serta perasaan fitrah mereka mengiktirafkan kehebatan
Ilmu dan teknologi Maha Pencipta yang terbentang secara konkrit untuk kegunaan
dan faedah manusia.
PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI KESAN PENGABAIAN SAINS DAN
TEKNOLOGI
Antara peranan
yang dimainkanoleh sains dan teknologi serta penyelidikannya ialah:
Membantu
Manusia Mengenal Pencipta
Sains dan
TEknologi serta penyelidikan menghantar penyelidik-penyelidik, ke dasar atau
punca ilmu Allah SWT atau ke persisian keagungan Ilahi al-Alim, al-Hakim dan
al-Khabir. Tajik kajian (subject matter), itu dilihat sebagai tanda-tanda
keagungan Allah SWT (the sign of souverengnty Allah) di alam nyata yang
tersusun rapid an unik. Untuk memahami hakikat inilah, Allah SWT dengan
perantaraan al-Quran, al-Karim, menyebut tidak kurang dari 750 ayat menjelaskan
fenomena saintifik yang terdapat di alam nya ini. Menyingkap fenomenaini,
bererti manusia telah berinteraksi dengan nama-nama Allah SWT dan
sifat-sifatNya yang maha tinggi dan mulia secara langsung dan praktikal. Inilah
maksudnya sains dan teknologi membawa manusia menerima dan mengiktiraf
keagunganNya (accepted and acknowledged) dan beriman serta tunduk di bawah
peraturan Allah SWT sebagai seorang Islam-aslamna lillah Muslimin.
KESIMPULAN/RUMUSAN/PENUTUP
Dari berbagai
uraian yang telah yang telah disampaikan pada bab sebelumnya dapat diambil
kesimpulan sebagai beikut :
Hadis merupakan berbagai hal yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh
Rasulullah yang harus dijadikan pedoman dan contoh bagi umat Islam.
Fungsi hadis
terhadap Al-Quran adalah sebagai penguat dan memperjelaskan apa-apa yang ada di
dalam Al-Quran yang masih bersifat global (mu’mal).
Hadis adalah
merupakan sumber hukum dalam kehidupan manusia untuk memperoleh kebahagiaan
dunia dan akhirat.